History, asked by dshamukwaya1229, 10 months ago

Apakah kepentingan karya persuratan dalam masyarakat pada masa kini

Answers

Answered by samridhisardwal25
19

Answer:

Bahasa Melayu (BM) dalam sejarahnya merupakan bahasa antarabangsa yang luas digunakan di rantau Asia Tenggara

dan pernah diangkat sebagai lingua franca bagi urusan perdagangan dan perhubungan antarabangsa di seluruh

rantau ini. Statusnya yang berwibawa itu telah menarik masyarakat Nusantara menggunakannya sebagai bahasa

utama dalam bidang kesusasteraan, persuratan dan pendidikan. Ini dibuktikan dengan penemuan hasil karya dalam

BM seawal 1303M iaitu Batu Bersurat Terengganu dan 1380M syair berbahasa Melayu yang terukir pada sebuah batu

bersurat di Acheh. Selain itu, Hukum Kanun Melaka serta Undang-undang Laut Melaka pula membuktikan BM juga

menjadi bahasa perundangan utama di rantau ini seawal abad ke-15. Malah, ribuan manuskrip lama bertulisan

Melayu-jawi yang berada dalam simpanan institusi dalam dan luar negara dapat menjelaskan kepentingan dan

kedudukan utama BM sejak sekian lama di rantau ini. Makalah ini akan menghuraikan peranan sebenar BM dalam

bidang persuratan dan pendidikan melalui pembudayaan ilmu, sains dan teknologi terkini yang disampaikan dalam

BM iaitu bahasa rakyat jelata rantau ini. Amalan demikian mampu menggerakkan pencapaian kemajuan negara dan

masyarakat rantau ini secara ekuitabel melebihi dan bahkan mengatasi penggunaan satu bahasa asing khususnya

bahasa Inggeris (BI) yang penggunaannya tertumpu kepada kumpulan elit semata-mata. Malah, dengan meneliti isu

tersebut, didapati bahawa BM yang merupakan bahasa indigenus atau bahasa tempatan penduduk rantau ini, adalah

penapis dan penangkis yang kebal untuk melawan badai negatif globalisasi yang boleh menghancurkan nilai-nilai

tradisi yang murni. Ianya juga merupakan unsur yang kental untuk menyemai rasa kekitaan atau esprit de corp,

keakraban, kemesraan dan kasih sayang sesama penuturnya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara

bangsa dan pemerkasaan masyarakatnya. Namun kini terdapat cabaran dan asakan BI ke atas kewibawaan BM, dan

makalah ini akan membincangkan strategi dan langkah menangani isu ini demi memartabatkan kembali BM sebagai

pemangkin kepada pembangunan ekuitabel negara bangsa di rantau ini.

Similar questions