Geography, asked by dadhichraissa8415, 17 hours ago

Apakah kesan fenomena La Nina di Malaysia?

Answers

Answered by amitbobbypathak
0

Answer:

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu lebih bersedia menghadapi musim monsun yang lebih lembap kesan daripada udara panas akibat fenomena La Nina yang dijangka berlaku pada akhir tahun ini.

Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang, berkata lebih banyak hujan akan berlaku pada tempoh itu, sekali gus memungkinkan masalah banjir yang serius di negara ini.

Katanya, ramalan itu adalah konsisten dengan analisis terkini Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Pertubuhan Bangsa Bersatu pada April, bahawa ia hampir 70 peratus akan berlaku pada akhir tahun ini.

"Malah suhu sub-permukaan terkini pada kedalaman 50 hingga 200 meter merentasi Lautan Pasifik memberi petanda suhu lebih sejuk daripada biasa.

"Itu adalah petanda kuat pembentukan La Nina. Keadaan ini telah memulakan proses yang menjadikan permukaan laut lebih sejuk daripada biasa untuk beberapa bulan akan datang, menandakan permulaan La Nina," katanya kepada BERNAMA dalam wawancara baru-baru ini.

Menurut Tangang, kebiasaannya selepas berlaku El Nino yang kuat, sistem itu akan turut memberi kesan kepada keadaan La Nina.

Explanation:

BRAINLEST

Similar questions