History, asked by dggcf7754, 9 months ago

British kurang senang terhadap pengaruh siam di negeri negeri melayu

Answers

Answered by girishggaruda
12

Answer:

Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, ialah perjanjian antara United Kingdom dan Thailand pada 1909. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam di Bangkok pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909. Kajayaan perjanjian ini sebenarnya diusahakan dan dimulakan bersungguh-sungguh oleh Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam[1]. Beliau mendapati beberapa perjanjian yang dimeterai bersama Britain sebelum dia bertugas pada tahun 1906 di Siam merugikan Siam terutamanya hal ehwal perdagangan dua hala dan keistimewaan lain seperti dalam Bowring (1855) dan Perjanjian Rahsia (1897). Oleh itu, beliau telah menyatakan kepada W.D Beckett seorang pegawai pejabat kedutaan British di Bangkok pada tahun 1907 akan hasratnya untuk menyeimbangkan kedudukan hubungan perdagangan dan memansuhkan hak keistimewaan Britain di Siam dengan kesediaanya memujuk Raja Chulalongkorn menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara seperti Kedah, Terangganu dan Kelantan sahaja kepada Britain sebagai ganjaran[2]. Tawaran itu mendapat reaksi positif daripada Ralph Paget, Duta Britain ke Siam serta Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat apabila Strobel menulis cadangan itu secara bertulis seperti berikut:

Similar questions