World Languages, asked by DrStRaNgE05, 1 year ago

contoh karangan dialog tentang faedah membaca

Answers

Answered by tanya591
11
Anita:  Eh, Liza! Kamu dari mana tadi?

Liza:   Oh, rupa-rupanya kamu, Anita. Terkejut saya. Saya baru pulang dari perpustakaan.
Perpustakaan merupakan rumah kedua saya kerana saya suka pergi ke sana pada masa lapang.Banyak faedahnya jika kita suka membaca.

Anita:  Saya bersependapat dengan kamu. Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan seseorang. Ilmu-ilmu ini boleh didapati daripada bahan bacaan yang berbagai-bagai. Contohnya, surat kahabar, buku rujukan, majalah dan ensiklopedia. Kita juga dapat menimba ilmu yang luas dan dapat menguasai bahasa dengan baik. Hal ini kerana, kita dapat mnemui pelbagai aspek bahasa dan perbendaharaan kata.

Liza: Bukan itu sahaja, membaca juga boleh mematangkan gaya pemikiran kita. Dengan ini, kita dapat membezakan sesuatu yang baik atau buruk dan tidak mudah terjebakdalam perkara-perkara yang tidak bermoral.

Anita: Selain itu, membaca dapat membentuk sahsiah diri seorang pelajar. Pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan dapat menyelesaikan setiap permasaalahan dengan jayanya. Ilmu yang diperoleh juga dapat menjadikan seseorang itu berdisiplin dan berjaya dalam kehidupan.

Liza: Di samping itu, memaca boleh mengisi masa terluang kia dengan lebih berfaedah. Jika masa kita diisi dengan membaca buku,kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang membang masa seperto melepak dan bermain permainan video. Sebenarnya, tidak rugi jika kita menjadi ulat buku.

Anita: Rumusannya, kita hendaklah menyemai semangat ingin membaca. Apabila kita rajin membaca, kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung., kita juga dapat menyahu seruan kerajaan yang menggalakkan masyarakat membaca dan akhirnya, mewujudkan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat.

Liza: Anita, buat apa tercegat di situ lagi? Sekiranya membaca begitu banyak faedahnya, bacalah buku sekarang.

Anita: Saya akan segera melaksanakannya, Puan Liza!

Liza: Haha, jumpa lagi!

Anita: Jumpa lagi!
Answered by itscutipie0
4

Explanation:

day = 24 hours

1000 days = (24 x 1000 )hours

1 hour = 60 mins

1000 days = (24000 x 60 ) mins

1 min = 60 sec

1000 days = ( 24000 x 60) x 60

= 86 400 000 seconds

=8.64 x 10 ^7 (in standard

Similar questions