History, asked by nandawakte8902, 11 months ago

Mengapakah bahasa melayu boleh kekal hingga kini

Answers

Answered by Ashrafiq
7

Answer:Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan walaupun kerajaan Malaysia berhasrat menamakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa Malaysia namun ianya bertentangan dengan nama bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu[petikan diperlukan]. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini ialah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Namun begitu, menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu". Tiada pertukaran nama bahasa Melayu ke bahasa Malaysia terjadi.[2]

Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Explanation:

Answered by gowthaamps
0

Answer:

Sejauh mana bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang berkaitan digunakan di negara-negara di mana ia dituturkan berbeza-beza bergantung kepada keadaan sejarah dan budaya.

Explanation:

Bahasa dituturkan secara rasmi di Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Singapura. Ia juga dituturkan secara tidak rasmi di Timor Timur dan beberapa wilayah di Thailand.Di Alam Melayu, ia dituturkan oleh 290 juta orang.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan di Malaysia mengikut Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, dan menjadi bahasa rasmi tunggal di Malaysia Barat pada tahun 1968, dan di Malaysia Timur secara beransur-ansur dari tahun 1974.

Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris terus digunakan secara meluas dalam bidang profesional dan komersial. dan di mahkamah atasan.

Bahasa minoriti lain juga biasa digunakan oleh etnik minoriti besar negara. Keadaan di Brunei adalah sama dengan Malaysia.

#SPJ2

Similar questions