Mengapakah generasi masa kini perlu menghargai sumbangan kerajaan terdahulu?
*don't spam if you don't know the answer
Answers
Answer:
Rakyat negeri ini dinasihati untuk terus menghargai perjuangan pemimpin dahulu yang bukan sahaja membawa kepada kemakmuran tetapi mengubah gaya hidup rakyatnya sama ada sebagai anak Sarawak atau rakyat Malaysia.
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sejak mencapai kemerdekaan pada 1963 oleh pemimpin terdahulu, semua rakyat diberi peluang pekerjaan oleh kerajaan sehingga mereka mencapai gaya hidup lebih baik.
“Kita perlu sedar bahawa inilah sebenarnya hasil daripada perjuangan pemimpin yang membawa kemerdekaan dan menentukan politik kita sehingga kita dapat hidup aman makmur serta masyarakatnya bersatu padu tanpa mengira kaum.
“Kita juga bertuah apabila melihat semua kaum di negeri ini seperti Cina, Iban, Melayu, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya telah dapat bekerjasama malahan mengekalkan kemakmuran sesama sendiri sama ada sebagai rakyat Malaysia atau anak Sarawak,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.
Tambah Tun Taib, sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah dianggap dunia satu daripada negara yang berjaya menukar nasib rakyatnya daripada kelompok miskin kepada satu tahap yang lebih baik menerusi peluang pekerjaan yang disediakan kerajaan.
“Kerajaan menyediakan pekerjaan bukan sahaja di peringkat bawahan tetapi pertengahan dan peringkat tinggi, malahan kini kita dapat melihat ramai kalangan rakyat Malaysia termasuk anak Sarawak berjaya menjadi ahli perniagaan atau golongan profesional,” tegasnya.
Katanya dalam masa 50 tahun beliau dalam politik Sarawak, antara perkara yang ketara di kalangan anak Sarawak adalah semua rakyat pelbagai kaum negeri ini sudah menyedari bahawa nasib atau kemajuan Sarawak adalah bergantung kepada usaha menentukan kemakmuran dan perpaduan dalam politik.
Tun Taib menjelaskan bahawa walaupun banyak perbezaan tetapi rakyat negeri ini berjaya menempuh pelbagai perubahan atau cabaran kerana semuanya dapat memainkan peranan cukup baik.
Beliau memberitahu,dahulu negeri dan negara ini masih daif semasa di bawah jajahan pihak luar tetapi ia kini sudah jauh berbeza dengan apa yang berlaku.
“Sehubungan itu kita sebagai pemimpin terdahulu amat berharap semua rakyat hari ini dapat bersatu dan meraikan kejayaan kita sebagai rakyat Malaysia dan anak Sarawak hasil darpada perjuangan mereka terdahulu.
“Sebagai tanda kesyukuran itu, marilah kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh kesedaran untuk menghargai kebaikan yang diberikan Allah dan berusaha bersama meningkatkan kehidupan ke arah lebih maju,” katanya.
Explanation:
it is a Malayalam language!
Answer:
kerana kerajaan telah menggambarkan kebijaksanaan mereka dalam pemerintah negara. selain itu, mereka juga menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan luar yang sezaman bagi menjalankan hubungan perdagangan supaya dapat meningkatkan ekonomi negara. contohnya cina dengan kerjaan angkor. di samping itu, sifat kerajaan yang tidak mudah berputus asa menunjukkan keamanan dan kehamornian negara sekarang. oleh itu,kita perlu menghargai sumbangan kerjaaan terdahulu.
Jawapan saya betul ke, saya tak sure