History, asked by sriranjineedevi, 3 months ago

Mengapakah kita perlu berwaspada terhadap anasir-anasir luar?

Answers

Answered by blackskull66
8

Answer:

WASPADA: Kamarulzaman memberikan buku berkaitan penglibatan ATM di Afghanistan kepada Tun Juhar, sempena kunjungan hormat itu. — Gambar Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU: Orang ramai diingatkan supaya memastikan setiap maklumat diperolehi tepat dan sahih terutama berkaitan hal keselamatan.

Ia kerana sikap segelintir masyarakat yang gemar viralkan perkara tidak benar menerusi media sosial, menyebabkan kententeraman terganggu.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, sikap ingin tahu dan keprihatinan masyarakat menyebabkan ada yang terperdaya tanpa sedar dan akhirnya menyertai atau menyokong golongan pengganas.

“Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah atau fahaman songsang yang cuba dibawa oleh anasir luar yang berkepentingan menggugat keharmonian dan keamanan negara.

“Masyarakat perlu bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan keamanan negara dengan memastikan anak-anak mendapat pendidikan, ilmu pengetahuan dan bimbingan yang secukupnya,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah RM Jasni di Istana Negeri, pagi kelmarin.

Answered by maxwellboy
0

Answer:

Explanation:mengapakah kita perlu bersikap waspada terhadap anasir luar yang boleh mengugat kedaulatan negara

Similar questions