History, asked by Farahasyiqin, 5 months ago

perbezaan perdagangan kerajaan melaka dulu dan sekarang​

Answers

Answered by mamatazbegum29
0

Answer:

Kesultanan Melayu Melaka cukup terkenal pada suatu ketika dahulu dan muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada pertengahan abad ke-15. Hal ini dapat dibuktikan dalam teks ‘Sulalatus Salatin’ dalam pernyataan “Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka: terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.”

Lokasi Melaka di Selat Melaka menjadikannya tempat yang strategik, iaitu terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Pelabuhannya juga terlindung daripada tiupan angin monsun Barat Daya dan Timur Laut membolehkan kapal dagang belabuh dengan selamat.

Kerajaan Melaka mempunyai sistem dan pengurusan tersendiri yang tersusun dalam mengendalikan pelabuhannya. Kerajaan Melaka mempunyai sistem pelabuhan perkapalan, sistem cukai, kemudahan prasarana, menjaga keselamatan para pedagang, kaedah-kaedah perniagaan dan mata wang yang digunakan, sistem timbangan dan nilai mata wang,undang-undang dan peranan nakhoda.

Pelabuhan Melaka berperanan sebagai pusat entrepot yang menjadi tumpuan pedagang dari timur dan barat. Kesibukan di pelabuhan Melaka dapat dilihat melalui catatan Tome Pires bahawa pelabuhan Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat bahasa yang dituturkan dan setiap pertuturan tersebut adalah berbeza.

Similar questions