History, asked by marryry63, 1 day ago

* Perlis Kedah Kelantan Terengganu Rajah 1 Jelaskan EMPAT faktor yang mempengaruhi usaha perluasan kuasa British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara.​

Answers

Answered by JyotikaPant070
0

Peluasan Kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara (1897 -1909)

Menjelang akhir abad ke-19, Negeri-negeri Melayu Utara berada di bawah pengaruh kuasa asing, iaitu British dan Siam. Kuasa Barat ketika itu bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan mencari tanah jajahan.

Britain menjalinkan hubungan persahabatan dengan Siam atas sebab berikut:

(a) British ingin melindungi kepentingan perdagangan di Siam yang semakin bertambah hasil daripada Perjanjian Bowring 1855.Kepentingan ekonomi British akan terjejas sekiranya Siam jatuh ke tangan kuasa lain.

(b) British ingin melindungi jalan perdagangan melalui Selat Melaka dan perairan Singapura.

(c) British ingin mengelak daripada mempunyai satu sempadan yang sama dengan Perancis di negeri Siam.

Menjelang akhir abad ke-19, hubungan antara British dengan Perancis bertambah baik. British mengambil langkah mengawal kemungkinan Perancis mencerobohi Lembah Menam Chao Phraya di mana terdapatnya kepentingan British. Oleh itu, pada tahun 1896, Perjanjian Inggeris-Perancis ditandatangani. Menurut perjanjian ini, Perancis bersetuju tidak akan campur tangan di Lembah Menam Chao Phraya.[2]

[1]Ruslan Zainuddin, “Sejarah Malaysia” ,(Penerbitan Fajar Bakti, Shah Alam, 2003), 159.

[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, 2014),61.

Similar questions