Science, asked by m8948534, 3 months ago

ramalkan dua kesan terhadap populasi rusa dan rumput jika satu populasi besar harimau berpindah dari tempat lain dan didiami di hutan itu

Answers

Answered by AbhilabhChinchane
0

Answer:

Gajah merupakan mamalia besar daripada keluarga Elephantidae dan order Proboscidea. Secara tradisional, terdapat dua spesies yang diakui, iaitu gajah Afrika (Loxodonta africana) dan gajah Asia (Elephas maximus), walaupun beberapa bukti menunjukkan bahawa gajah semak Afrika dan gajah hutan Afrika merupakan spesies yang berbeza (L. africana dan L. cyclotis). Gajah tersebar di seluruh Afrika sub-Sahara, Asia Selatan, dan Asia Tenggara. Elephantidae adalah satu-satunya keluarga daripada order Proboscidea yang masih ada; keluarga lain yang kini sudah pupus termasuk mammoth dan mastodon. Gajah Afrika jantan merupakan haiwan darat terbesar dengan tinggi yang dapat mencapai 4 m (13 ka) dan jisim hingga 7,000 kg (15,000 lb). Gajah mempunyai ciri-ciri khusus, dengan yang paling mencolok adalah belalai yang digunakan untuk banyak perkara, terutamanya untuk bernafas, menyedut air, dan mengambil benda. Gigi kacipnya tumbuh menjadi gading yang dapat digunakan sebagai senjata dan alat untuk memindahkan benda atau menggali. Daun telinganya yang besar membantu mengatur suhu tubuhnya. Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar dan punggung yang cekung, sementara telinga gajah Asia lebih kecil dan punggungnya cembung.

Similar questions