History, asked by shashavision, 5 months ago

Saling memberi salam dan bertegur sapa dengan jiran merapatkan ukhwah" Berikan hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas?

Answers

Answered by aadityasingh201205
4

Ikatan persaudaraan sesama Muslim umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu terus terpelihara. Begitu juga diibaratkan silaturahim sesama Muslim yang harus dipelihara supaya dapat menguatkan perpaduan umat Islam.

Program Tarbiah bersama Ustazah Muzayyanah Abdullah yang bersiaran setiap Jumaat, jam 10.15 pagi di radio IKIMfm, membicarakan mengenai kepentingan menjaga silaturahim kerana hubungan baik sesama manusia mendatangkan barakah serta rahmat Allah SWT.

Katanya, walaupun secara zahirnya manusia akan kembali menemui Allah SWT dalam keadaan keseorangan, tetapi seorang Mukmin tetap bergantung kepada doa daripada saudara Islam untuk mendapat tempat yang baik di akhirat nanti.

Islam juga mendidik umatnya untuk saling menyayangi antara satu sama lain kerana dengan persaudaraan itulah yang akan menguatkan hubungan ukhuwah umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang)." (Riwayat Bukhari)

Similar questions