senaraikan ilmu yang dipelajari oleh golongan diperintah iaitu rakyat
plssss someone answer my question
Answers
1. KARYA AGUNG BMS 3022 Tajuk : Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional Kumpulan : C Nama Pensyarah : Dr. Hj. Mohd Rashid bin Hj. Md Idris BIL. NAMA NO. MATRIK 1. SITI MARIAM KHAIRUNISA BINTI MOHD BADRI D20101037120 2. GEORGIANNA ANAK GEORGE PETER D201010337201
2. Aspek perbincangan Pengenalan Strata sosial masyarakat Melayu tradisional Contoh : sulalatus Salatin Perbandingan dengan sistem sosial masyarakat Melayu modenPerbandingan sistem pemerintahan tradisional dan sekarang Adat Temenggung Adat Perpatih Kesimpulan
3. Pengenalan • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1525), perkataan ‘strata’ dapat didefinisikan sebagai tingkat kedudukan, peringkat taraf (dalam susunan atau hieraki tertentu). • Perkataan sosial dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat luas meliputi segala aspek yang berkaitan dengan masyarakat. • Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial, stratafikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan (Mahdi Shuid dan Sazlina Othman, 2006:2) • Stratafikasi sosial pula merupakan satu sistem yang mana terdapat pelbagai kategori manusia dalam sesuatu masyarakat (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:135).
4. • Strata sosial masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua zaman, iaitu zaman tradisi dan zaman moden. • Zaman tradisi ialah keadaan sebelum berlakunya proses penjajahan yang panjang, iaitu semasa British memerintah. • Zaman moden pula bermula sejak British menjajah hinggalah negara mencapai kemerdekaan. • Strata sosial ini menyumbang kepada terbinanya suatu bentuk organisasi yang cekap dalam sistem politik dan sosial negeri-negeri Melayu sepanjang sejarah kewujudan ketamadunan Melayu itu sendiri (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005:78).
5. Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional • Secara umumnya, masyarakat Melayu tradisional dapat didefinisikan sebagai satu gambaran orang Melayu yang mengamalkan sesuatu adat istiadat (kebiasaan) yang telah sebati dan kekal secara turun temurun dalam kehidupan mereka. • Masyarakat ini tidak terpengaruh dengan perubahan dan keadaan sekeliling. • Walau bagaimanapun, apabila terdapat perubahan yang berlaku, perubahan tersebut akan diterima dengan penyesuaian keadaan setempat (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:133).
6. • Menurut Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2005:78), masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan atau kelas utama, iaitu kelas aristokrat (golongan atasan atau pemerintah) dan golongan bawahan (golongan rakyat jelata atau diperintah). • Terdapat sarjana, iaitu Zainal Abidin Wahid yang mencadangkan bahawa strata sosial ini mempunyai tiga golongan. • Golongan yang dicadangkan ialah golongan pertengahan (middle class).Golongan ini berada di tengah-tengah antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah. • Walau bagaimanapun, cadangan ini kurang diterima oleh sarjana-sarjana lain(Azmah Abdul Manaf, 2001:55).