✒Describe Bohr's model of atoms
Answers
Answer:
In the Bohr model of the atom, electrons travel in defined circular orbits around the nucleus. The orbits are labeled by an integer, the quantum number n. Electrons can jump from one orbit to another by emitting or absorbing energy.
Answer:
Dalam fizik atom, model Bohr (diperkenalkan oleh Neils Bohr pada tahun 1913), menggambarkan sebuah atom sebagai sebuah nukleus kecil bercas positif yang dikelilingi elektron yang bergerak dalam orbit berbentuk bulatan di sekeliling nukleus. Ia mempunyai struktur yang sama dengan sistem suria, tetapi di samping graviti, tenaga elektrostatik yang memberikan daya tarikan. Model ini adalah penambahbaikan bagi model-model atom yang sebelumnya seperti model kiub (1902), model plum-pudding (1904), model Zuhal (1904) dan model Rutherford (1911). Oleh kerana model Bohr ialah pengubahsuaian bagi model Rutherford yang didasarkan fizik kuantum, kebanyakan sumber menggabungkan kedua-duanya dan merujuk kepada model ini dengan nama model Rutherford-Bohr.
Model Rutherford-Bohr bagi atom hidrogen (Z = 1) atau ion seperti hidrogen (Z > 1), di mana elektron bercas negatif yang terkurung di dalam petala atom mengorbit nukleus atom kecil berzarah positif. Apabila satu elektron melompat orbit, ia diikuti oleh sejumlah tenaga elektromagnet yang diserap atau dipancar (hv). Orbit yang boleh dilalui oleh elektron ditunjukkan dengan bulatan kelabu. Jejari setiap orbit adalah n2, di mana n ialah nombor kuantum prinsip. Transisi 3 → 2 yang ditunjukkan di sini mewakili garisan pertama dalam siri Balmer, dan bagi atom hidrogen (Z = 1), ia menghasilkan foton dengan panjang gelombang 656 nm.
Kejayaan utama model ini adalah dalam menjelaskan formula Rydberg untuk garisan-garisan pancaran spektrum bagi atom hidrogen. Walaupun formula Rydberg telah diketahui melalui ujikaji, ia tidak mendapat kepentingan dalam teori sehingga model Bohr diperkenalkan. Bukan sahaja model Bohr menjelaskan sebab untuk struktur formula Rydberg, malah ia juga memberikan justifikasi untuk keputusan empiriknya dari segi pemalar fizik utama.