I need a Malay essay about Melawat Kepasarr malam
Answers
KOTA KINABALU, 5 Jan (Bernama) — Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menambahbaik tarikan yang terdapat di Pasar Malam Jalan Gaya di sini bagi menarik lebih ramai pengunjung khususnya kalangan pelancong.
Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman berkata penambaikan itu antaranya membabitkan persembahan kebudayaan dan buskes.
Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin
Katanya sejak dilancarkan pada 2 Disember tahun lepas, pasar malam ini dikenali sebagai Api-Api Food Market @ Gaya Street mendapat sambutan menggalakkan kalangan pelancong asing dan domestik.
“Justeru, pada masa akan datang DBKK akan menambahbaik keperluan yang boleh menarik lebih ramai pengunjung, seterusnya menjana ekonomi peniaga di situ,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pasar malam itu, malam tadi.
Beliau yang baharu dilantik sebagai Datuk Bandar pada 2 Januari lepas berkata penyertaan kalangan peniaga di pasar malam ini juga memberangsangkan.
Pasar malam itu beroperasi dari pukul 6.00 petang hingga 2.00 pagi, setiap malam Jumaat dan Sabtu, menyediakan gerai jualan makanan dan minuman, buah-buahan serta kraftangan tempatan.
Jalan Gaya menjadi tarikan utama pelancong di daerah ini yang terkenal dengan pelaksanaan Tamu pada setiap Ahad.
hope it will help you