Science, asked by MHDISAMAN, 1 year ago

jalankan satu kajian keatas masalah pencemaran uadara di negara kita melalui kajian lapangan,kajian lapangan .(bilangan penghidap penyakit asma semakin meningkat setiap tahun di sebabkan negara jiran

Answers

Answered by Ayushstar
0
Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur (anda boleh pilih sama ada udara, air, tanih)


Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (kes kajian mesti di tempat anda sendiri)

contoh:
a) Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air atau tanih)
b) Mengkaji faktor atau punca pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpur
c) Mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpur
d) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di bandaraya Kuala Lumpur


Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual


1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji 

(pilih mengikut tajuk yang anda pilih sama ada pencemaran udara, air atau tanih)

Pencemaran Udara : 
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya. 

Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik. 

Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.

Pencemaran Bau:
satu perbuatan yang boleh mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negative kepada haiwan dan manusia

2. Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut
(huraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. anda perlu menghuraikan mengikut kajian kes di tempat anda sendiri. dan huraikan juga mengikut ayat anda sendiri)

Faktor dan Punca Pencemaran Udara

Antara penyebab utama pencemaran udara adalah:

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.

Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.

Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.

Penyemburan racun makhluk perosak

Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk

Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin.

Letusan gunung berapi

Pelepasan asap kenderaan

Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

Faktor dan Punca Pencemaran Air

Antara penyebab utama pencemaran air adalah:

1. Limpahan Minyak Ke Dalam Laut
Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air. Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini. Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar. Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air, lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang. Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,t idak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan. Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico. Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.

Similar questions